
Alhamdulillah, Seminar Mukjizat Saintifik Al-Quran & Petbandingan Agama telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan telah dihadiri oleh lebih 60 orang peserta.
Seminar ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr Zaifuddin Md Rasip, Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Sabah yang juga merupakan pakar dalam perbandingan agama. Menerusi seminar ini, beberapa beberapa topik yang terkandung dalam Al-Quran telah dikupas secara saintifik. Anda juga boleh mengikuti rakaman seminar tersebut melalui pautan yang berikut https://fb.watch/lPo2tqk3La/
Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Golden Buffalo Enterprise, dan Skuad Sinar atas sokongan dan sumbangan bagi menjayakan seminar ini. Semoga kebaikan kalian dibalas dengan pahala yang berganda.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta yang telah hadir ke seminar ini. Semoga ilmu yang diperolehi daripada majlis ilmu ini akan menyuburkan rasa cinta terhadap agama dan seterusnya mengukuhkan lagi pegangan akidah kita. Aaamin.