Saya Sudah Masuk Islam, Tetapi Belum Pandai Baca Al-Quran

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Kami sering mendengar ungkapan ini daripada saudara baru yang sedang berusaha mendalami Islam. Bahkan ada dalam kalangan mereka di kawasan pedalaman yang bertanya dengan penuh harapan, “Bila mahu ada kelas mengaji Al-Quran? Itu sahaja yang saya benar-benar perlukan.” Sebahagian mereka pula menyatakan, “Kami ini sudah ‘jam 6’,” sebagai isyarat bahawa usia bukan lagi muda, namun semangat untuk belajar masih kuat.

Menyedari keperluan ini, KDMRS Muslim terus komited dalam menyantuni saudara baru melalui pelaksanaan Kelas Fardhu Ain dan pembelajaran Al-Quran. Para daie dan tenaga pengajar berusaha sedaya upaya untuk mendekati mereka agar ilmu asas agama dapat disampaikan dengan sebaiknya.

Namun, cabaran di lapangan tidak dapat dielakkan. Terdapat kawasan pedalaman yang hanya dapat dikunjungi sebulan sekali atau lebih lama, disebabkan jarak yang jauh serta kekangan sumber tenaga pengajar. Walau begitu, usaha dakwah tetap diteruskan dengan penuh kesabaran dan istiqamah.

Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab hidayah yang berterusan, serta diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan juga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk terus menyampaikan ilmu dan membantu saudara baru dalam perjalanan mereka mengenal Islam dengan lebih dekat.

 

 

Date And Time

09/08/2025 @ 12:00 AM to
09/08/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Online Event
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah