Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni Peringkat Negeri Sabah 2024

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni Peringkat Negeri Sabah 2024
by
95 95 people viewed this event.

01 Jun 2024 | Putatan

Alhamdulillah, buat julung kalinya Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni dilaksanakan di pekarangan Masjid Daerah Putatan. Program yang dijalankan dengan penuh kemeriahan ini dijayakan dengan kerjasama lebih daripada 20 agensi.

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, bagi menyempurnakan majlis ini. Turut hadir adalah YBrs. Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, KDMRS Muslim, YBhg. Datuk Ustaz Hj. Abdul Manap bin Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, YBrs. Jumaain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah – Jheains serta pimpinan semua agensi penganjur bersama sambutan Tadau Kaamatan Harmoni peringkat Negeri Sabah 2024.

Majlis ini dimulakan dengan acara perarakan, melibatkan penyertaan daripada beberapa kontinjen yang memakai pakaian tradisional etnik masing-masing. Usai perarakan, majlis dilanjutkan dengan pertandingan fesyen etnik, menampilkan bakat cilik daripada pelbagai daerah di Sabah. Tidak dilupakan, majlis ini turut menawarkan platform untuk kanak-kanak menyerlahkan kebolehan masing-masing menerusi pertandingan mewarna.

Tetamu yang hadir juga dipelawa untuk menyertai kempen menderma darah, melawat gerai pameran dan gerai jualan serta menikmati persembahan daripada pejuang alat muzik tradisional Sabah, Suara Buluh Perindu.

Semoga penganjuran program ini akan memperkasakan tunjang kebudayaan masyarakat KDMRS dan seterusnya menjadi medan untuk memekarkan lagi keharmonian dalam masyarakat majmuk khususnya di negeri Sabah. Insha Allah.

#KDMRSMuslim
#TadauKaamatanHarmoni

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

01/06/2024 07:00 AM to
02:00 PM
 

Location

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan