
đ
10 Mei 2025
đ Surau Al-Hidayah, Kampung Singgahmata, Kota Marudu
Alhamdulillah, satu lagi program bermakna telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan ukhuwwah!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Penggerak JAKIM Kota Marudu, Ustazah Natifah, serta seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program ini yang bukan sahaja mengisi jiwa, malah mengeratkan silaturahim dalam komuniti.
KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan untuk turut serta dalam program ini. Kehadiran dan sokongan daripada pelbagai pihak amat dihargai, khususnya:
⨠Puan Surayah (PTA JHEAINS KM)
⨠Ustaz Azalan (PPMD)
⨠Ustaz Muhsin (YADIM)
Antara pengisian yang menarik sepanjang program ini termasuk:
đš Majlis Selawat bersama
đš Kuiz interaktif berkaitan Puasa dan Ibadah Korban
đš Jamuan kasih sayang bersama masyarakat setempat
Apa yang paling menyentuh hati ialah suasana ukhuwah Islamiah yang semakin erat, bukan sahaja antara para penganjur dan peserta, tetapi juga dengan penduduk kampung dan para pelajar yang hadir dengan semangat menuntut ilmu.