
Alhamdulillah, KDMRS Muslim Ranau, yang juga merupakan ahli Badan Dakwah Ranau, telah diberi peluang untuk menyertai Perarakan Sambutan Maulid Nabi SAW Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung di Sandakan.
Suasana sambutan amat meriah dengan alunan selawat, kepelbagaian sepanduk serta semangat ukhuwah yang dizahirkan oleh umat Islam dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Penyertaan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menyemarakkan lagi rasa cinta dan penghayatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Tinus Manggam, Pegawai Daerah Ranau, atas peluang dan sokongan yang diberikan. Ucapan tahniah juga atas pengurusan yang teratur sepanjang keberadaan kontinjen di Sandakan.
Semoga pengalaman ini terus menyuburkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta menguatkan semangat untuk mencontohi sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Â
