
Alhamdulillah, Retreat Pendanaan KDMRS Muslim telah berlangsung dengan lancar di Pejabat Pusat Operasi 2 KDMRS Muslim, Putatan.
Program ini menjadi platform perbincangan, perkongsian idea dan penyelarasan strategi berkaitan usaha pendanaan bagi memperkukuh gerak kerja dakwah, kebajikan dan pembangunan komuniti yang dilaksanakan oleh KDMRS Muslim.
Melalui retreat ini, para peserta turut diberikan ruang untuk bertukar pandangan, memperhalusi perancangan serta membina kesepakatan dalam memastikan kelangsungan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga segala usaha dan perancangan yang dirangka dipermudahkan Allah SWT serta menjadi asbab kepada pengukuhan misi dakwah dan kebajikan KDMRS Muslim pada masa akan datang.
