Retreat KDMRS Muslim 2026

KDMRS Muslim
9 9 people viewed this event.

Program Retreat KDMRS Muslim 2026 (Sanggar Kerja) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari di Pejabat 2 KDMRS Muslim, Putatan, dengan penglibatan penuh daripada semua kakitangan organisasi.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara kakitangan, meningkatkan kecekapan setiap jabatan, serta merangka strategi penambahbaikan gerak kerja dakwah dan kebajikan di seluruh Sabah sepanjang tahun 2026.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah dijalankan merangkumi sesi perkongsian ilmu, perbincangan berkumpulan, aktiviti refleksi, serta perancangan strategik. Kesemua aktiviti ini dirangka bagi memperkukuh peranan setiap kakitangan dalam memastikan misi dan visi KDMRS Muslim dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tersusun.

Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkasakan kesepaduan organisasi serta menyusun hala tuju yang lebih jelas dalam usaha menyantuni komuniti, khususnya dalam aspek dakwah dan kebajikan.

Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja dan penyumbang yang telah menjayakan program ini, khususnya kepada:

IKRAM Putrajaya
IKRAM Shah Alam

Serta semua penyumbang lain yang tidak dapat disebutkan satu persatu. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dan menjadi pemangkin kepada kelancaran serta keberkesanan program ini

Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

 

 

Date And Time

27/02/2026 @ 12:00 AM to
28/02/2026 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah