Qurban Pedalaman Sabah – Pitas

Qurban Pedalaman Sabah – Pitas
by
14 14 people viewed this event.

Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H 
 
Tarikh: 09 Jun 2025
Lokasi: Surau Kampung Sinogindai, Pitas, Sabah
Anjuran: KDMRS Muslim  
 
Alhamdulillah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Jun 2025 di Surau Kampung Sinogindai, Pitas, Sabah. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha KDMRS Muslim dalam menyantuni masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan ibadah qurban di pedalaman Sabah.   Seekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan tujuh peserta qurban yang telah mewakilkan pelaksanaan ibadah mereka kepada KDMRS Muslim. Senarai peserta qurban adalah seperti berikut:  
 

Mohd Farid Izuddin bin Mohd Jaafar
Nur Asiah binti Mohamed Yusoff
Faizah binti Md Yasin
Shariffpudin Basiron
Siti Haslinza binti Abdul Rahman
Norbaya Ab Rahim
Faridah binti Abu Bakar

 
Proses sembelihan telah disempurnakan oleh wakil pelaksana KDMRS Muslim yang dilantik dan dibantu oleh penduduk kampung. Setelah proses melapah selesai, daging qurban telah diagihkan kepada penduduk kampung, terutamanya mereka yang berada dalam kategori asnaf dan memerlukan.   Program ini bukan sahaja menyempurnakan ibadah para peserta, malah mengeratkan hubungan antara organisasi dakwah dan komuniti pedalaman. Semangat gotong-royong dan kasih sayang sesama umat Islam sangat dirasai sepanjang program berlangsung.  
 
📖 “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” (Surah Al-Kauthar: 2)  
 
Pihak KDMRS Muslim mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua peserta qurban atas kepercayaan yang diberikan. Semoga ibadah qurban ini diterima Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan serta keberkatan buat semua.  
 

 

Date And Time

09/06/2025 12:00 AM to
09/06/2025 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan