Qurban Pedalaman Sabah – Kiulu

Qurban Pedalaman Sabah – Kiulu
by
13 13 people viewed this event.

Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H
 
Tarikh: 08 Jun 2025
Lokasi: Kampung Bawang, Tamparuli (Kiulu), Sabah
Anjuran: KDMRS Muslim  
 
Alhamdulillah, pada 08 Jun 2025, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H telah berjaya dilaksanakan di Kampung Bawang, Tamparuli, sebuah kawasan pedalaman dalam daerah Kiulu, Sabah. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KDMRS Muslim dalam melaksanakan ibadah qurban di kawasan luar bandar Sabah, dengan matlamat memperluas manfaat qurban kepada komuniti yang memerlukan.   Seekor lembu telah dikorbankan, hasil penyertaan tujuh peserta qurban yang telah mewakilkan urusan pelaksanaan ibadah kepada pihak KDMRS Muslim:  
 

Haji Bungso bin Haji Mohammad
Jeffrey Abu Hassan
Saadiah Sulaiman
Sa’adah binti Sumardjo Aslinda binti Mohd Asrul
Siti Zaidah binti Turmin
Rohasmezan binti Hashim  

 
Proses sembelihan dan pelapahan telah disempurnakan oleh wakil pelaksana KDMRS Muslim yang dilantik, dengan bantuan masyarakat setempat. Daging qurban kemudiannya diagihkan kepada penduduk kampung, khususnya golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan, bagi memastikan manfaat ibadah ini sampai kepada sasaran yang tepat.
 
📖 “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” (Surah Al-Kauthar: 2)
 
Pihak KDMRS Muslim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta atas kepercayaan yang diberikan untuk menguruskan amanah besar ini. Semoga ibadah qurban 1446H ini diterima Allah SWT dan menjadi amalan yang mendekatkan kita kepada rahmat dan syurga-Nya.  
 

 

Date And Time

08/06/2025 12:00 AM to
08/06/2025 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan