
Program Syawal, Palestin & Asnaf: Menyulam Kasih, Menyemai Solidariti.
đ
Sabtu | 26 April 2025
đ Masjid Daerah Putatan
Alhamdulillah, pada malam yang penuh keberkatan, Program Syawal, Palestin & Asnaf telah berjaya dianjurkan dengan jayanya di Masjid Daerah Putatan. Program ini bukan sekadar sambutan Syawal, tetapi menjadi platform menyatukan hati demi solidariti bersama Palestin dan membela nasib golongan asnaf di sekitar Putatan.
Sumbangan bakul makanan telah disampaikan kepada para asnaf yang hadir â tanda kasih dan keprihatinan sesama umat Islam dalam menyambung semangat Ramadhan ke bulan Syawal.
Majlis turut diserikan dengan perkongsian yang menyentuh jiwa daripada jemputan istimewa:
đš Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah
Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, KDMRS Muslim
đš Dr. Zaifuddin Md. Rasip
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah & Penasihat KDMRS Muslim
đš Ustaz Mohammad Rapi bin Manji
Penasihat MyCARE Sabah
đš Sahibul Fadhilah Ustaz Abdul Razak bin Hamdin
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah
Mereka menyampaikan mesej yang mengingatkan kita tentang tanggungjawab berterusan umat Islam terhadap saudara kita di Palestin, serta pentingnya untuk terus menyumbang, menyokong dan mendoakan dalam apa jua keadaan.
Program ini bukan sekadar pertemuan, tetapi pernyataan kasih sayang dan persaudaraan rentas sempadan, yang mengangkat nilai kemanusiaan dan kebersamaan Islam.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan menyumbang, sama ada dalam bentuk masa, tenaga mahupun harta. Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berkekalan, dan semoga semangat kita untuk terus menyokong perjuangan di Palestin terus subur dalam jiwa.