Pertemuan Bersama IKIM FM

KDMRS Muslim
4 4 people viewed this event.

Alhamdulillah, pada 21 Julai 2025 jam 3.00 petang, dua pegawai wakil KDMRS Muslim daripada Pasukan Perhubungan dan Publisiti (PPP) iaitu Saudara Zaid dan Saudara Halim telah mengadakan kunjungan ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh Encik Mohamad Fauzi, wakil pegawai daripada pihak IKIM.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan pakej pengiklanan melalui saluran radio IKIMfm. Dalam sesi tersebut, pihak IKIM telah membentangkan pelbagai pilihan pakej pengiklanan serta memberikan cadangan yang bersesuaian dengan objektif dan keperluan KDMRS Muslim.

Hasil perbincangan ini, pihak IKIM akan menyediakan sebut harga rasmi berdasarkan pakej pengiklanan yang telah dibincangkan.

Semoga usaha ini membuka ruang baharu dalam memperluas penyebaran maklumat dan dakwah melalui medium media yang lebih efektif dan berimpak.

 

 

Date And Time

21/07/2025 @ 12:00 AM to
21/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah