Pertandingan Bola Tampar Kawasan Bundu Tuhan

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Syukur Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Bola Tampar Kawasan Bundu Tuhan yang dianjurkan oleh SKM IPDAS Kudat dengan kerjasama HCBT, KDMRS Muslim dan YADIM.

Program ini berjaya menarik penyertaan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan penglibatan peserta daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya. Suasana pertandingan berlangsung dalam semangat kesukanan yang tinggi, diiringi nilai persaudaraan serta keharmonian yang jelas terpancar sepanjang program.

Walaupun berbeza latar belakang, para peserta dan komuniti setempat dapat bersama-sama menjayakan pertandingan ini dalam suasana saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Program ini bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi turut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan ukhuwah, silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak penganjur, rakan kerjasama, peserta serta masyarakat yang hadir memberikan sokongan. Semoga usaha murni seperti ini terus diperkasakan pada masa akan datang demi memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat di bumi Sabah.

 

 

Date And Time

30/08/2025 @ 12:00 AM to
30/08/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah