Perjumpaan Panel Penterjemah Al-Quran di Masjid Pekan Tenom

KDMRS Muslim
4 4 people viewed this event.

Program Perjumpaan Panel Penterjemah Al-Quran telah diadakan di Masjid Pekan Tenom sebagai salah satu usaha memperkukuhkan gerak kerja penterjemahan Al-Quran dalam kalangan panel yang terlibat.

Perjumpaan ini menjadi platform penting bagi para panel penterjemah untuk berbincang, menyelaras serta memperhalusi proses penterjemahan agar lebih tepat, jelas dan mudah difahami oleh masyarakat sasaran, khususnya dalam konteks bahasa dan budaya tempatan.

Melalui sesi ini, diharapkan usaha penterjemahan Al-Quran dapat diperkasa dan memberi manfaat yang lebih luas kepada komuniti, khususnya dalam membantu meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan Al-Quran.

 

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan usaha ini mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

 

Date And Time

01/02/2026 @ 12:00 AM to
01/02/2026 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah