Perjumpaan KDMRS Kawasan Pekan Tuaran Bersama JPMI KDMRS

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Alhamdulillah, satu perjumpaan KDMRS Kawasan Pekan Tuaran bersama Jabatan Pembangunan Modal Insan (JPMI) KDMRS telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Perjumpaan ini diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat, antaranya sesi ta‘aruf ahli, tazkirah, serta perkongsian kefahaman Islam yang bertujuan memperkukuhkan ukhuwah dan meningkatkan kefahaman agama dalam kalangan ahli. Turut diadakan sesi pengenalan Jabatan Pembangunan Modal Insan (JPMI) KDMRS bagi memberi gambaran jelas mengenai peranan dan fungsi jabatan tersebut.

Selain itu, perbincangan turut dijalankan berkaitan perancangan aktiviti yang memfokuskan kepada peningkatan amal fardi dan amal jama‘i, di samping merangka inisiatif dakwah serta usaha sokongan dan bimbingan kepada golongan mualaf.

Diharapkan perjumpaan ini dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan gerak kerja dakwah serta mempereratkan hubungan dalam kalangan ahli KDMRS di kawasan Pekan Tuaran.

 

 

Date And Time

14/12/2025 @ 12:00 AM to
14/12/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah