
Alhamdulillah, Ustaz Abdul Rahim, Pegawai Eksekutif Dana KDMRS Muslim, telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama wakil syarikat Dynac.
Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi serta peranan KDMRS Muslim, di samping membuka ruang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat bersama pada masa akan datang.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama yang baik dan memberi impak positif dalam usaha memperkukuh gerak kerja organisasi.
Â
