
by
130
130 people viewed this event.
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas, Pegawai Eksekutif Outreach, Ustazah Amimi, dengan gembira menerima jemputan dari Kampung Nolotan untuk merasmikan Pertandingan Bola Tampar yang dianjurkan oleh KRT Kampung Nolotan.
Semoga majlis yang berlangsung ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah di kalangan penduduk kampung, serta menjadi satu acara yang menyeronokkan dan menarik minat masyarakat setempat. Semoga juga pertandingan ini dapat menjadi medium yang baik untuk lebih mengenali dan memahami nilai-nilai Islam. Terima kasih atas jemputan yang diberikan, dan semoga acara seterusnya akan mendatangkan manfaat dan kegembiraan kepada seluruh komuniti.