
đ
14 Mei 2025
đ Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu
Mesyuarat Tadau Kaamatan Harmoni (TKH) Peringkat Negeri Sabah 2025 telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan indah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, hasil kerjasama erat bersama pihak penganjur bersama serta agensi-agensi yang terlibat.
Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan program TKH yang bakal menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana harmoni dan penuh muhibah selari dengan semangat perpaduan negeri Sabah yang berbilang kaum dan agama.
Perbincangan berjalan dalam suasana penuh mesra dan profesional, dengan fokus terhadap penyelarasan program, penglibatan komuniti, serta pengisian yang mampu menyentuh hati rakyat dan mengangkat nilai kebersamaan.