
Alhamdulillah, telah berlangsung mesyuarat bersama rakan strategik bagi membincangkan serta meneliti kertas kerja cadangan Simposium Dakwah Sabah 2025 dalam suasana yang lancar dan teratur.
Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan pembuka oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, diikuti ucapan oleh Dr. Haji Issraq Haji Ramli, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Pengajian Islam UMS.
Perbincangan memberi tumpuan kepada perancangan pelaksanaan, pengisian program serta kerjasama strategik antara institusi dan rakan pelaksana bagi memastikan simposium ini dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan berimpak tinggi.
Insya-Allah, satu mesyuarat susulan akan diadakan bagi memuktamadkan pelaksanaan Simposium Dakwah Sabah 2025.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi asbab kepada pengukuhan dakwah serta pembangunan ummah di Negeri Sabah.
Â
