
Alhamdulillah, Mesyuarat Kali Ke-3/2025 Rakan Strategik Simposium Dakwah Sabah 2025 telah berjaya dilaksanakan di Pejabat YADIM Sabah dengan penyertaan rakan-rakan strategik yang terlibat dalam pelaksanaan program tersebut.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan serta menyelaras pelaksanaan Simposium Dakwah Sabah 2025, termasuk perincian gerak kerja, penglibatan rakan kolaborasi, serta penambahbaikan bagi memastikan kelancaran program yang akan datang.
Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara semua pihak yang terlibat serta memastikan Simposium Dakwah Sabah 2025 mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Â
