Mesyuarat Penyelarasan Tiga Program Dakwah & Komuniti

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Dalam usaha memastikan pelaksanaan program berjalan lebih tersusun dan berimpak, satu siri mesyuarat Jawatankuasa Induk telah diadakan melibatkan tiga inisiatif utama iaitu Fiqh Wanita, Kempen Jumpa Orang Muda 2.0, serta Ceramah Perdana & Ziarah Kariah.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JHEAINS Daerah Kota Marudu ini menghimpunkan wakil-wakil agensi dan organisasi bagi menyelaras perancangan, pembahagian peranan serta hala tuju setiap program yang bakal dilaksanakan.

KDMRS Muslim Kota Marudu turut diberikan kepercayaan untuk terlibat secara langsung dalam menjayakan ketiga-tiga program ini. Penyertaan ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama strategik, malah memperkukuhkan jaringan dakwah dan kebajikan dalam masyarakat setempat.

Perbincangan yang dijalankan memberi fokus kepada penyusunan aktiviti, sasaran peserta serta impak yang ingin dicapai agar setiap program dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Semoga segala perancangan ini dipermudahkan dan menjadi asbab kepada terlaksananya program-program yang memberi manfaat besar kepada masyarakat, khususnya dalam memperkasa kefahaman Islam dan membina komuniti yang lebih harmoni. InsyaAllah.

 

 

Date And Time

23/07/2025 @ 12:00 AM to
30/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah