Mesyuarat Pelaksanaan Program Dakwah ke Kg Kilanas, Kawiyan, Ranau

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Alhamdulillah, satu sesi mesyuarat pelaksanaan telah diadakan bagi menyelaras Program Dakwah ke Kg Kilanas, Paka Ulu Sugut yang dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos 2025 (Khamis).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi serta individu yang terlibat secara langsung dalam misi dakwah tersebut. Perbincangan berlangsung dengan teratur dan penuh komitmen demi memastikan kelancaran program di lapangan.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah:
– Waktu berkumpul dan pelepasan pasukan
– Tentatif program sepanjang misi
– Pembahagian kenderaan serta peranan setiap pasukan
– Agihan tugasan dan keperluan logistik
– Penyediaan serta pengagihan sumbangan kepada golongan asnaf dan fakir miskin

Mesyuarat ini berjalan dengan lancar dalam suasana penuh semangat kebersamaan. Semua pihak menunjukkan komitmen tinggi untuk memastikan misi ini dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Semoga segala perancangan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan serta manfaat kepada masyarakat di pedalaman. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang idea dalam menjayakan misi ini.

 

 

Date And Time

04/08/2025 @ 12:00 AM to
04/08/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah