
Sebagai langkah memperkukuh jaringan kerjasama strategik, KDMRS Muslim terus komited menjalin hubungan dengan pelbagai agensi dan organisasi dakwah di peringkat negeri.
Pada kesempatan ini, Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah selaku Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim telah menghadiri Mesyuarat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Negeri Sabah yang berlangsung di Bilik Marwah, D’Has Hotel Kingfisher.
Kehadiran beliau membuka ruang perbincangan yang lebih luas dalam memperkasa gerak kerja dakwah serta memperkukuhkan kolaborasi antara organisasi bagi mencapai matlamat pembangunan ummah yang lebih menyeluruh.
Diharapkan melalui platform seperti ini, sokongan dan sinergi antara pihak-pihak berkepentingan dapat terus diperkasa, sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam usaha menyebarkan dakwah dan kebajikan di Negeri Sabah.
Â
