
Alhamdulillah, mesyuarat serta perjumpaan antara KDMRS Muslim Pusat dan KDMRS Muslim Kawasan Laya-Laya, Tuaran telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat ukhuwwah.
Mesyuarat ini dipimpin oleh Tuan Haji Muhammad Yunus Gikin Abdullah selaku Pengerusi KDMRS Muslim Kawasan Laya-Laya bersama barisan AJKT kawasan.
Turut diadakan sesi perkongsian dan penerangan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Kassim, Pengarah Pembangunan Modal Insan KDMRS Muslim merangkap ketua rombongan daripada KDMRS Muslim Pusat berkaitan gerak kerja, pembangunan modal insan serta hala tuju dakwah KDMRS Muslim.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama, menyatukan gerak kerja serta memperkasa usaha dakwah dan pembangunan masyarakat di peringkat kawasan.
