Menyantuni Mualaf yang Ingin Mengenali Islam

Menyantuni Mualaf yang Ingin Mengenali Islam
by
108 108 people viewed this event.

Pada Jumaat yang penuh barakah, tim KDMRS Muslim Kota Kinabalu yang terdiri daripada Farihah dan Alya turun ke Papar untuk bertemu dengan Mei Mei, yang berhasrat untuk mengenali Islam. Pertemuan ini dijalankan dengan penuh ramah.

Mei Mei telah lama tertarik dengan agama Islam, dan beliau mencari individu yang sesuai untuk membantunya memahami Islam dengan lebih terperinci. Sahabat beliau menghubungi Alya, dan dari situlah terjalin pertemuan yang membawa berkat.

Dalam pertemuan tersebut, Mei Mei diberikan Al-Quran dengan terjemahan perkata sebagai hadiah, membolehkan Mei Mei untuk lebih memahami isi Al-Quran melalui terjemahannya. Farihah memberikan panduan kecil kepada Mei Mei mengenai tatacara menggunakan Al-Quran sebagai bacaan, sementara Alya dan Farihah menjelaskan perihal Islam kepada Mei Mei.

Di akhir pertemuan, Alya, Farihah, dan Mei Mei berkesempatan bergambar bersama bos Adaway Cafe dan Alex Maharaja Lawak Mega 2010. Kami berdoa agar Mei Mei mendapat hidayah Taufiq dan terus bersinar dalam perjalanan mengenali Islam.

Teruskan menyokong usaha dan aktiviti kami di KDMRS Muslim. Semoga Allah memberkati segala usaha yang dijalankan.

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

04/08/2023 12:00 AM to
11:30 PM
 

Location

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan