
Alhamdulillah, majlis bacaan Yasin dan tahlil telah berjaya dilaksanakan di Masjid Al-Amin, Pitas dalam suasana penuh khusyuk dan keberkatan.
Majlis ini telah dipimpin oleh Tuan Imam Ustaz Suhaimi, dengan penglibatan para jemaah setempat yang hadir bagi bersama-sama mengimarahkan malam Jumaat melalui amalan ibadah.
Program seperti ini diharap dapat terus dilaksanakan secara berterusan dalam memperkukuhkan penghayatan Islam serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.
Semoga majlis yang dianjurkan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
