Majlis Aluan Kedatangan Rehlal Al Ilmia Bersama Mualaf Kementerian Ugama Brunei Darussalam

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Suasana penuh ukhuwah dan keberkatan mewarnai Majlis Aluan Kedatangan Rehlal Al Ilmia bersama rombongan mualaf dari Kementerian Ugama Brunei Darussalam yang berlangsung di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.

Majlis ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim merentas negara, khususnya dalam kalangan saudara baru yang berkongsi perjalanan iman dan pengalaman yang hampir serupa.

KDMRS Muslim turut diwakili oleh Puan Nur Alya Humaira Usun Abdullah, Ketua Jabatan Hubungan Strategik, yang hadir menyantuni serta menyambut kedatangan para tetamu dengan penuh mesra dan rasa hormat.

Diharapkan pertemuan ini dapat memperkukuhkan jaringan ukhuwah, membuka ruang perkongsian pengalaman serta menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam usaha membimbing dan memperkasa komuniti mualaf di rantau ini.

Semoga jalinan yang terhasil membawa manfaat berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

 

Date And Time

15/08/2025 @ 12:00 AM to
15/08/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah