Lawatan & Ziarah Jabatan Pembangunan Modal Insan KDMRS Muslim

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Alhamdulillah, Haji Abdul Rahman Kassim selaku Pengarah Jabatan Pembangunan Modal Insan KDMRS Muslim telah berpeluang bersama para Sukarelawan KDMRS Ranau serta Ustaz Marwan dan Ustazah Masni dalam siri lawatan dan ziarah ke kawasan KDMRS Ranau.

Sesi ini turut diisi dengan aktiviti ta’aruf, tazkirah, perkongsian pengalaman serta penerangan berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Pembangunan Modal Insan KDMRS dalam memperkasa gerak kerja dakwah dan pembangunan masyarakat.

Turut dibincangkan ialah pelaksanaan aktiviti-aktiviti Bina Insan yang selari dengan misi dan visi KDMRS Muslim dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Alhamdulillah, para Sukarelawan KDMRS Ranau juga telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa KDMRS Ranau sebagai langkah memperkukuh gerak kerja organisasi di peringkat kawasan sebelum lawatan susulan akan datang.

Semoga usaha ini menjadi titik permulaan kepada gerakan dakwah yang lebih tersusun, aktif dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat setempat.

 

 

Date And Time

22/06/2025 @ 12:00 AM to
22/06/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah