Kursus Sembelihan Halal

KDMRS Muslim, MUIS, JHEAINS
3 3 people viewed this event.

Program Kursus Sembelihan Halal Daerah Ranau

Program Kursus Sembelihan Halal Daerah Ranau telah diadakan di Masjid Al-Kauthar, Kampung Lohan 1, melibatkan penyertaan aktif penduduk kampung serta masyarakat sekitarnya. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah melalui Unit Pengurusan Dakwah, dengan kerjasama erat daripada JHEAINS Ranau dan KDMRS Muslim kawasan Ranau.

Penceramah jemputan, Ustaz Sharif Suhaimi bin Sharif Miasin, Auditor Halal HUB dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), telah berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan kaedah sembelihan halal mengikut syariat dan piawaian halal semasa, sekaligus menjawab pelbagai persoalan masyarakat mengenai isu-isu yang sering timbul dalam amalan penyembelihan harian dan musim korban.

Objektif utama program ini adalah untuk:

  • Memberi pendedahan berasaskan ilmu dan fakta tentang proses sembelihan halal
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mengikuti kaedah sembelihan yang sah dan selamat
  • Menyampaikan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama dalam aspek halal, demi menjaga kesucian makanan umat Islam

Sambutan amat menggalakkan daripada para peserta menunjukkan betapa masyarakat semakin cakna terhadap kepentingan halal dalam kehidupan seharian. Kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang turut memeriahkan program dan menghidupkan suasana pembelajaran secara interaktif dan mesra komuniti.

 

Date And Time

03/06/2025
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan