Kursus Psikologi Dakwah

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Alhamdulillah, KDMRS Muslim telah menghantar seramai 4 orang kakitangan dan 3 orang sukarelawan untuk menyertai Kursus Psikologi Dakwah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Pengisian Sepanjang Kursus
📌 Slot 2: Memahami Psikologi Pesakit Dalam Konteks Perubatan
Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Nurerina binti Hanizam, Pegawai Psikologi Klinikal dari Hospital Queen Elizabeth. Perkongsian memberi pendedahan tentang pendekatan memahami emosi dan keadaan pesakit secara lebih empati dalam konteks dakwah.
📌 Slot 3: Pengurusan Stres dari Perspektif Islam
📌 Slot 4: Hubungan Psikologi dan Dakwah
Kedua-dua slot ini disampaikan oleh Prof. Dr. Haji Mohd Dahlan Hj. A. Malek dari Universiti Malaysia Sabah. Pengisian menekankan keseimbangan emosi, pengurusan tekanan serta hubungan antara psikologi dan pendekatan dakwah yang berhikmah.
📌 Slot 5: Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Slot interaktif ini memberi peluang kepada peserta untuk menganalisis kajian kes dan membentangkan solusi berdasarkan perspektif psikologi dan dakwah. Aktiviti ini berjaya mengasah kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah serta mengeratkan ukhuwah sesama peserta.

Majlis penutup telah diadakan di Dewan ILIM sebagai simbolik berakhirnya kursus yang sarat dengan ilmu dan pengalaman.
Sesi ini turut diisi dengan ucapan wakil peserta serta sesi bergambar sebagai kenangan bersama.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan dalam memperkukuh gerak kerja dakwah, membina kekuatan dalaman serta melahirkan pendakwah yang lebih berempati, berilmu dan berintegriti.

 

 

 

 

 

 

 

Date And Time

15/07/2025 @ 12:00 AM to
17/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah