Kursus Pengurusan Jenazah (Siri 1 – Ogos)

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1 bagi bulan Ogos telah berjaya dilaksanakan dengan fokus utama kepada golongan belia dan beliawanis. Kehadiran yang amat memberangsangkan ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan ilmu fardhu kifayah dalam kalangan generasi muda.

Program ini merupakan inisiatif JHEAINS Ranau dengan kerjasama strategik bersama JAKIM Ranau, KDMRS Muslim, Hidayah Centre Foundation dan YADIM Ranau.

Sesi dimulakan dengan pendedahan teori oleh pegawai dakwah JHEAINS Ranau, diikuti dengan sesi praktikal pengurusan jenazah yang lengkap berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Para peserta diberi peluang untuk mempraktikkan secara langsung setiap tatacara yang telah dipelajari.

Program ini turut diteruskan dengan sesi soal jawab yang aktif dan interaktif, sebelum diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Ustaz Farid Soinin, Pegawai PPMD Ranau.

Semoga ilmu yang diperoleh ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta membuka lebih banyak ruang penglibatan belia dalam program-program keilmuan dan kemasyarakatan pada masa akan datang.

 

 

Date And Time

02/08/2025 @ 12:00 AM to
02/08/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah