
by
123
123 people viewed this event.
Dengan rasa syukur, hari ini kami melaksanakan kunjungan hormat bersama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Waqaf Malaysia. Banyak perkara dibincangkan berkaitan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh KDMRS Muslim. Selepas kunjungan tersebut, kami melanjutkan ke Nasyrul Quran Complex untuk membincangkan projek terjemahan Al-Qur’an dalam 4 bahasa. Alhamdulillah, mereka dengan sukacitanya menerima projek terjemahan Al-Qur’an dalam 4 bahasa. In Shaa Allah, pihak Nasyrul Quran dan Yayasan Restu bersedia untuk bekerjasama dan memberikan sokongan sepenuhnya bagi kelancaran projek terjemahan Al-Qur’an tersebut.