Kunjungan Hormat kepada TYT Sabah

Kunjungan Hormat kepada TYT Sabah
by
114 114 people viewed this event.

Dengan rendah diri, Tuan Haji Nicholas Sylvester, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, bersama rombongan, telah menjalankan Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri Sabah. Turut serta dalam kunjungan ini adalah salah seorang penasihat KDMRS Muslim, Datuk Ustaz Haji Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah.

Kunjungan Hormat ini bertujuan:

1. Penyerahan Terjemahan Al-Quran (TAQ) Dusun, yang telah diperkenankan oleh T.Y.T Sabah untuk menyumbang Perutusan di dalam naskah TAQ Dusun.

2. Pemakluman dan perbincangan mengenai program Konvensyen Dakwah NGO Madani Sabah 2023M yang bakal diadakan tidak lama lagi.

3. Perbincangan mengenai Majlis Penyerahan TAQ Dusun oleh T.Y.T Sabah selepas selesai Majlis Pelancaran oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Terima kasih atas sokongan, perhatian, dan sumbangan kepada usaha-usaha Outreach KDMRS Muslim. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan.

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

18/09/2023 12:00 AM to
18/09/2023 11:30 PM
 

Location

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan