
Alhamdulillah, satu kunjungan hormat telah diadakan kepada Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkaitan pelaksanaan sinergi program bersama yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan November 2025, khususnya dalam memperkukuh kerjasama akademik dan gerak kerja dakwah.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi titik tolak kepada penghasilan program berimpak tinggi demi manfaat bersama dalam memperkasa ilmu, dakwah serta pembangunan modal insan di negeri Sabah.
Â
