
Alhamdulillah, pada hari ini, wakil dari KDMRS Muslim Kota Marudu, termasuk Ustaz Salleh, Ustazah Amimi, Tuan Jean dari KDMRS Pitas, dan sukarelawan KDMRS Muslim Kota Marudu, telah mengadakan Kunjungan Hormat bersama ADO Tuan Jasri.
Tujuan dari Kunjungan Hormat ini adalah untuk memperkenalkan KDMRS Muslim, berkongsi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi, dan bertukar pendapat mengenai pelaksanaan pembangunan kerja-kerja dakwah di daerah bersama JHEAINS, jabatan-jabatan lain, dan NGO-NGO di daerah tersebut.
Semoga pertemuan ini dapat menjadi asbab kebaikan, memperkukuh kerja-kerja dakwah, dan membawa keberkatan dalam usaha bersama untuk kebaikan masyarakat di Sabah. Insya Allah. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.