
Alhamdulillah, telah berlangsung satu kunjungan hormat ke Maybank Islamic yang diketuai oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad, selaku Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim.
Turut serta dalam delegasi ini ialah Puan Nur Alya Humaira Usun Abdullah (Ketua Jabatan Hubungan Strategik), bersama barisan pegawai KDMRS Muslim iaitu Hj Azahari Abdul Kadir (Pegawai Unit Tugas Khas), Zaid Harithah, Azhad Hafiz (Pegawai Unit Dana), serta Amzar dan Ali.
Sesi pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan hubungan serta membuka ruang kerjasama strategik antara KDMRS Muslim dan Maybank Islamic, khususnya dalam usaha pembangunan ummah dan pengurusan dana kebajikan.
Semoga jalinan ini terus diperkasa dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
Â
