
KDMRS Muslim Adakan Kunjungan Hormat ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Alhamdulillah, KDMRS Muslim telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, salah sebuah masjid yang menjadi simbol perpaduan dan dakwah di Sabah.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi ruang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam menjayakan program-program akan datang, khususnya yang melibatkan aktiviti dakwah, kebajikan, pembangunan komuniti serta pemerkasaan mualaf dan masyarakat Islam di Negeri Sabah.
Pertemuan ini turut membuka peluang bagi perancangan bersama melibatkan program Ramadhan, korban, penyampaian sumbangan, serta penganjuran majlis ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat di Negeri Sabah.
KDMRS Muslim amat menghargai sambutan mesra dan keterbukaan pihak pengurusan Masjid Bandaraya dalam menjalin sinergi strategik.
Semoga kerjasama ini bakal melahirkan lebih banyak inisiatif bermanfaat yang menyentuh hati dan memberi kesan positif kepada masyarakat.