
Alhamdulillah, satu kunjungan hormat ke Pejabat JHEAINS Tamparuli telah diadakan dengan penuh lancar.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta membuka ruang kerjasama strategik antara KDMRS Muslim dan pihak JHEAINS dalam usaha memperkasa gerak kerja dakwah dan kebajikan khususnya kepada komuniti mualaf dan masyarakat setempat.
Diharapkan pertemuan ini menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat berpanjangan kepada kedua-dua pihak dalam memperkukuh agenda dakwah di negeri Sabah.
Â
