
Alhamdulillah, telah selesai satu Kunjungan Hormat ke IKRAM Hulu Langat yang melibatkan delegasi KDMRS Muslim.
Kunjungan ini diketuai oleh Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, bersama barisan delegasi iaitu Puan Nur Alya Humaira Usun Abdullah (Ketua Jabatan Hubungan Strategik), Hj Azahari Abdul Kadir (Pegawai Unit Tugas Khas), Abdul Halim Abdul Hafidz (Pegawai Eksekutif Dana), serta Ali.
Sesi pertemuan ini menjadi platform perbincangan yang mesra dan konstruktif dalam perkongsian idea serta strategi, khususnya bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama dalam usaha dakwah dan kebajikan masyarakat.
Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkasa dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada ummah.
Â
