
Kunjungan hormat Team Jejak Borneo ke KDMRS Muslim telah berlangsung di Pejabat KDMRS Muslim, Putatan sebagai satu usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim serta membuka ruang kerjasama pada masa akan datang.
Pertemuan ini menjadi platform awal dalam mempereratkan hubungan antara kedua-dua pihak, di samping membincangkan potensi kolaborasi yang boleh memberi manfaat kepada gerak kerja dakwah, kebajikan serta pembangunan komuniti.
Diharapkan kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan pada masa hadapan, insya-Allah.
Â
