Kunjungan Hormat Di Kampung Kaiduan

Kunjungan Hormat Di Kampung Kaiduan
by
107 107 people viewed this event.

Alhamdulillah, Team Teknikal KDMRS bersama Development Community (RDC) telah melawat Kampung Kaiduan untuk meninjau keadaan jambatan dan sistem graviti air di kawasan tersebut.

Melalui usaha yang berterusan dan kerjasama dengan YB MP Parlimen Papar, kami gembira untuk berkongsi bahawa pembaikan jambatan reput yang menjadi laluan utama pelajar SK Kaiduan dari Kampung Hulu Kaiduan sudah dalam proses dan hampir siap. Ini merupakan langkah positif untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar sekolah setempat.

Selain itu, kami juga menerima permintaan dari penduduk Kampung Hulu Kaiduan untuk membuat penyambungan paip dan pemasangan tangki air dari sistem graviti air di Kampung Kaiduan. Kami berharap langkah ini dapat memberikan manfaat dan kemudahan air bersih kepada penduduk setempat.

Namun, kami turut mendapati adanya masalah hakisan tanah di kawasan berhampiran sungai Hulu Kaiduan. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut terjamin.

Semoga segala usaha dan kerjasama ini dapat membawa penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Kampung Kaiduan. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak.

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

15/03/2023 12:00 AM to
11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan