
Alhamdulillah, KDMRS Muslim telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah ke Pertubuhan IKRAM Kawasan Setiawangsa pada 9 Julai 2025 (Rabu), bertempat di Pejabat IKRAM Setiawangsa.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan KDMRS Muslim kepada barisan Jawatankuasa IKRAM Setiawangsa serta mengeratkan hubungan ukhuwah antara kedua-dua organisasi.
Seramai 5 orang delegasi KDMRS Muslim telah hadir dan disambut mesra oleh barisan Jawatankuasa IKRAM Setiawangsa termasuk Yang Dipertua IKRAM Setiawangsa sendiri.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh harmoni melalui sesi makan malam, ramah mesra, perkongsian serta pengenalan berkaitan gerak kerja dan visi KDMRS Muslim. Program turut diserikan dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan ukhuwah.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dalam memperkasa usaha dakwah, kebajikan dan pembangunan ummah pada masa akan datang.
Jazakumullahu Khairan Katsiran.
Â
