Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sabah

Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sabah
by
8 8 people viewed this event.

KUNJUNGAN HORMAT DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA MUFTI KERAJAAN NEGERI SABAH

KDMRS Muslim telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sabah bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsun Aziz bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, sebagai penasihat rasmi KDMRS Muslim.

Pelantikan ini merupakan satu penghormatan besar buat KDMRS Muslim dan satu langkah strategik dalam memperkukuh hala tuju gerakan dakwah serta aktiviti kebajikan khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Dalam sesi pertemuan tersebut, pelbagai perkara penting turut dibincangkan, termasuk perancangan kerjasama bagi program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim yang dijangka berlangsung pada bulan Jun. Program ini menyasarkan kawasan luar bandar dan komuniti mualaf bagi menyampaikan daging qurban serta menyemai nilai pengorbanan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Kunjungan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara KDMRS Muslim dan institusi agama negeri, malah membuka ruang kolaborasi yang lebih tersusun dan berimpak tinggi dalam memperkasa ummah di Sabah.

 

Date And Time

14/04/2025
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan