Konvensyen Dakwah Borneo 2025

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Konvensyen Dakwah Borneo 2025 telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan yang membanggakan, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang penganjuran.

In Sya Allah, satu sesi post mortem akan diadakan dalam masa terdekat bagi menilai setiap aspek pelaksanaan dan seterusnya memperkukuh lagi kualiti penganjuran pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengarah program, Ustaz Dzulfikry Dumatin, atas komitmen dan kepimpinan beliau dalam menjayakan konvensyen kali ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada perasmi Majlis Pembukaan, Sahibul Fadhilah Ustaz Dr. Nik Azlan bin Nik Man, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan serta perasmi Majlis Penutupan, Dato’ Husni Mohd Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan, atas kesudian dan sokongan yang diberikan.

Semoga segala usaha ini diterima sebagai amal kebajikan dan menjadi pemangkin kepada pengukuhan dakwah di Borneo, In Sya Allah.
Terima kasih tidak terhingga turut diucapkan kepada Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Ustaz Kalana Lias mewakili YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah – Jheains serta Ustaz Haji Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

Penghargaan turut dirakamkan kepada rakan penganjur daripada Hidayah Centre Foundation khususnya Bro Joannes Lukas, Ketua Pegawai Eksekutif, Hidayah Centre Foundation dan Gabungan Dakwah Malaysia yang diwakili oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Ir. Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria dan Tuan Abdul Ghaffar Mohd Shariff. Tidak dilupakan, terima kasih juga buat penasihat KDMRS Muslim, YBhg. Datuk Dr. Zaifuddin Md Rasip serta Haji Abdul Rahman Kassim.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada kepada warga KDMRS Muslim yang terdiri dari Ustaz Abdul Rahim, Ustaz Asri Asmat, Ustaz Syukri Jean, Ustaz MMuhammad Marwan, Saudara Muhammad Irfan Abdullah MIBA, Saudara Irfan Zaifuddin, Ustaz Hannan Aminuddin dan Saudara Solahuddin.
Terima kasih kepada barisan wanita, tonggak kekuatan KDMRS Muslim iaitu Ustazah Maryam Muhammad, Saudari Nur Alya Humaira Usun, Saudari Syadzaratuunnur, Saudari Fitrie Syaliaty, Ustazah Kurima Majin, Ustazah Farihah Izzati, Ustazah Masni, Ustazah Amimi, Saudari Nazatul, Saudari Fitri Ashmilazetty serta Saudari Carolline.

Sekalung penghargaan buat warga Hidayah Centre Foundation Sabah, Ustaz Mohd Zulazrie Dahim, Ustaz Harmi Junick, Ustaz Ghani, Ustaz Zulfika, Ustaz Fadhli, Ustaz Hissham dari Hidayah Centre Foundation Labuan, dan Ustaz Fathurrahman Othman dari Hidayah Centre Foundation Sarawak.
Terima kasih kepada tonggak wanita Hidayah Centre Foundation Sabah, Saudari Stella Stephen, Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun dan Ustazah Nur Syuhada Maisara Juanis.

Ribuan terima kasih dirakamkan buat rakan penganjur yang terdiri daripada Masjid Jamek Annur Labuan, Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan, Sukarelawan YADIM Negeri Sabah, HAWA Labuan, Pertubuhan Wanita Aktif Wawasan (LAWA) Labuan, PERKIM Labuan, Persatuan Ikhwan Syahadah WP Labuan (WAHDAH), Sumayyah serta Sahabat Khidmat Labuan.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan juga kepada sahabat-sahabat daripada Rakan Hidayah, dan Skuad KDMRS Muslim yang telah bersama-sama memastikan kelancaran program ini.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan insan yang disebut oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya, “wa dzakarakallāhu fīman ‘indah”, disebut namanya di sisi Allah SWT.

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan ingatan tulus & ikhlas,
Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah
Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif,
KDMRS Muslim.

 

Date And Time

20/12/2025 @ 12:00 AM to
21/12/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah