
Alhamdulillah, KDMRS Muslim kini membuka satu kelas pengajian khusus buat saudara baru di Kg. Kokob, Ranau sebagai usaha memperkukuh kefahaman asas Islam dalam kalangan komuniti setempat.
Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu, bermula jam 2.00 petang, dengan pengisian yang memfokuskan kepada pembelajaran Al-Quran, asas ibadah serta bimbingan berterusan kepada para peserta.
Bagi masyarakat yang berada di sekitar Kg. Kokob dan kawasan berhampiran, anda semua dialu-alukan untuk hadir dan menyertai kelas ini. Sokongan daripada komuniti amat penting dalam menjayakan usaha dakwah serta memperkasa saudara baru.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pegawai Outreach Ranau, Ustazah Masni Yusin di talian 011-1075 5934.
Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua.
Â
