
Dengan penuh kesyukuran, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Kg. Bahab, Ranau telah berlangsung dengan baik dan teratur seperti yang dirancang.
Para pelajar menunjukkan komitmen yang positif sepanjang sesi pembelajaran, mencerminkan kesungguhan mereka dalam menimba ilmu serta memperkukuh kefahaman agama.
Diharapkan semua pelajar terus istiqamah dalam proses pembelajaran ini, serta dipermudahkan dalam menerima dan memahami setiap ilmu yang disampaikan.
Semoga ilmu yang dipelajari bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, malah dapat disebarkan kepada masyarakat sekeliling sebagai usaha berterusan dalam menyampaikan dakwah
Â
