
Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) pada hari ini telah berjalan seperti biasa dengan suasana yang baik dan penuh manfaat.
Dalam masa yang sama, turut berlangsung satu sesi mesyuarat bersama para pelajar KHM Surau Al-Falah, Kg. Linukaan bagi membincangkan beberapa perancangan aktiviti akan datang.
Alhamdulillah, hasil perbincangan melalui konsep syura telah mencapai kata sepakat dan dipermudahkan.
Antara perancangan yang dibincangkan ialah cadangan untuk mengadakan Program Hari Asyura secara bersama pada masa akan datang, insya-Allah.
Semoga segala perancangan ini dipermudahkan oleh Allah SWT serta memberi manfaat dan keberkatan kepada semua yang terlibat.
Â
