Kelas Harmoni Mualaf (KHM) – Kota Marudu

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Surau Al-Falah telah berlangsung seperti biasa, walaupun Pegawai Outreach berada dalam keadaan kurang sihat.

Pada sesi kali ini, beberapa pelajar turut diuji dengan pelbagai keadaan kesihatan dan ujian kehidupan. Puan Jessie mengalami kesukaran pergerakan akibat sakit, Puan Sahijah pula diuji dengan sakit lutut, manakala Puan Lonah baru sahaja kehilangan ahli keluarga tercinta.

Namun begitu, semangat mereka untuk menuntut ilmu tetap tinggi. Walaupun dalam keadaan bertongkat, menahan sakit, dan ada yang menjaga anak kecil, mereka tetap hadir ke kelas demi meneruskan pembelajaran ilmu agama.

Sebahagian pelajar lain juga tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada mereka semua agar dapat kembali mengikuti kelas seperti biasa. Allahumma amin.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada seorang pelajar yang telah menghadiahkan buah nangka. Semoga Allah meluaskan lagi rezeki dan memberkati pemberian tersebut

 

 

Date And Time

22/07/2025 @ 12:00 AM to
22/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah