
Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Surau Al-Falah telah berlangsung seperti biasa dengan suasana yang penuh manfaat dan keberkatan.
Pada sesi kali ini, pembelajaran dimulakan dengan bacaan Iqra’, diikuti dengan bimbingan dan pembetulan bacaan Tahiyat Akhir. Setiap pelajar diberi tunjuk ajar secara individu bagi memperbaiki sebutan dan kefahaman dalam pelaksanaan solat. Insya-Allah, pada sesi akan datang, kelas akan diteruskan dengan Tahsin bacaan Tahiyat Akhir bagi memperkemaskan lagi ibadah solat para pelajar.
Semoga usaha berterusan ini dapat membantu memperbaiki kualiti ibadah serta menguatkan kefahaman para pelajar dalam amalan harian sebagai seorang Muslim.
Dalam kesempatan ini juga, Pegawai Dakwah, Ustazah Amimi, telah berkongsi mengenai isu semasa berkaitan Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla Nusantara. Sama-sama kita mendoakan agar rombongan misi tersebut dipermudahkan perjalanan, selamat sampai ke destinasi, serta berjaya membantu saudara-saudara kita di Gaza.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada para ibu dan kakak yang telah membawa jamuan untuk dikongsi bersama. Semoga segala kebaikan dan rezeki yang dikongsi ini dilimpahkan keberkatan oleh Allah SWT.
