
Alhamdulillah, dua orang pelajar Kelas Harmoni Mualaf (KHM) telah berjaya menamatkan bacaan Iqra 1 dan Iqra 2 dengan penuh semangat dan kegembiraan.
Pelajar-pelajar lain juga turut menunjukkan peningkatan yang baik dalam pembacaan masing-masing dari semasa ke semasa.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas usaha dan kesungguhan dalam mempelajari bacaan Al-Quran. Setiap kemajuan yang dicapai adalah langkah yang sangat bermakna dalam perjalanan menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semoga semua pelajar terus istiqamah, dipermudahkan dalam pembelajaran serta sentiasa diberikan kekuatan dan semangat untuk terus menimba ilmu agama.
