
Program Kelas Harmoni Mualaf (KHM) telah berlangsung seperti biasa di Pejabat KDMRS Muslim Kota Marudu, dengan penglibatan para pelajar dalam kalangan komuniti mualaf yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menuntut ilmu.
Dalam sesi pembelajaran kali ini, para pelajar telah didedahkan dengan pengisian berkaitan Rukun Iman, khususnya topik beriman kepada Allah, di samping mengadakan sesi ulangkaji Rukun Islam bagi memperkukuhkan kefahaman asas dalam ajaran Islam.
Selain itu, para pelajar turut diberikan tugasan berkaitan baki lima lagi Rukun Iman yang akan dipelajari dalam sesi akan datang sebagai persediaan awal dan pengukuhan pembelajaran.
Pihak penganjur turut merakamkan ucapan tahniah kepada seorang pelajar, Pn. Nor (bukan nama sebenar), atas pencapaian beliau yang telah berjaya melangkah ke peringkat bacaan Iqra yang seterusnya. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar atas peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam pembelajaran mereka.
Diharapkan para pelajar akan terus istiqamah dalam menuntut ilmu serta memperkukuhkan kefahaman agama dalam kehidupan seharian. Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
Â
